Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

3.28 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya setiap hari sempena Deepavali – LLM

PETALING JAYA: Kira-kira 3.28 juta kenderaan dijangka menggunakan lebuh raya utama negara setiap hari pada hari puncak perjalanan sempena Deepavali, dengan trafik dijangka meningkat seawal hari ini.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Mohd Hadzmir Yusoff, berkata lebuh raya ke arah Pantai Timur, utara dan selatan akan lebih sesak.

Menurut beliau, rangkaian lebuh raya PLUS dijangka mencatat 2.24 juta kenderaan, diikuti Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) 288,000, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak 190,000 dan Lebuhraya Pantai Barat (WCE) 168,000.

Beliau berkata syarikat konsesi lebuh raya telah diarahkan membuat persiapan rapi bagi memastikan perjalanan pengguna selamat dan lancar.

Kerja penyelenggaraan yang melibatkan penutupan lorong akan ditangguhkan dari Jumaat hingga Selasa (6 hingga 10 November), kecuali pembaikan kecemasan seperti menampal lubang jalan. Lorong pintar juga akan diaktifkan di 30 lokasi sepanjang lebuh raya PLUS.

Lorong tol tambahan akan disediakan di plaza tol terpilih, manakala ruang parkir tambahan dan tandas mudah alih disediakan di beberapa kawasan rehat dan rawat di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Mohd Hadzmir menasihati pengguna merancang perjalanan menggunakan aplikasi MyPLUS-TTA bagi PLUS dan Travel Time Advisory (TTA) bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak serta LPT Fasa 1.

Pusat pengurusan trafik LLM beroperasi setiap hari dari jam 7 pagi hingga 10 malam. Pengguna boleh menghubungi talian 1-800-88-7752 untuk maklumat trafik atau bantuan.

TopikDeepavaliLLMPLUSlebuh raya

Foto: Countryball mys123 / Wikimedia Commons (CC BY 4.0)

Berita berkaitan