Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

Ahli Parlimen gesa kerajaan bantu pekerja Utusan Malaysia yang dikenakan cuti bergaji

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen mendesak kerajaan menjelaskan pelan membantu pekerja Utusan Malaysia yang ditempatkan di bawah program cuti bergaji sebagai sebahagian daripada penstrukturan melibatkan hampir 100 pekerja syarikat penerbitnya, Media Mulia Sdn Bhd.

Suhaizan Kaiat (Harapan-Pulai) membangkitkan nasib pekerja akhbar itu di Dewan Rakyat hari ini, dengan menyatakan kira-kira 100 pekerja berdepan risiko kehilangan pekerjaan berikutan krisis pengurusan dan kewangan yang dilaporkan melanda syarikat itu.

"Kami dimaklumkan Utusan Malaysia menghadapi krisis pengurusan dan kewangan. Pekerja ini mungkin mempunyai komitmen kewangan, anak untuk ditanggung, perbelanjaan rumah tangga dan tanggungjawab lain," katanya.

Suhaizan turut menyentuh kepentingan sejarah Utusan Malaysia, terutama peranannya pada zaman kemerdekaan negara.

"Ini adalah organisasi yang memainkan peranan penting pada zaman kemerdekaan. Apakah langkah yang dicadangkan kerajaan untuk menangani masalah ini?" soalnya dalam soalan tambahan pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Menjawab, Timbalan Menteri Sumber Manusia Khairul Firdaus Akbar Khan menggariskan beberapa langkah bantuan yang tersedia kepada pekerja yang diberhentikan, namun beliau tidak menyentuh secara khusus keadaan Utusan Malaysia.

"Pertama, kementerian akan meminta dan menasihatkan syarikat berkenaan memohon bantuan serta penilaian kelayakan di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)," katanya.

Beliau menjelaskan permohonan manfaat SIP perlu dikemukakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kehilangan pekerjaan, selain pemohon wajib mengemukakan dokumen sokongan bagi mengesahkan kelayakan mereka, tertakluk kepada syarat caruman dan kehilangan pekerjaan yang ditetapkan.

Semalam, Media Mulia mengumumkan hampir 100 pekerjanya akan ditempatkan di bawah program cuti bergaji sebagai sebahagian daripada kajian strategik terhadap model perniagaan, struktur operasi dan hala tuju korporat syarikat.

Syarikat yang menerbitkan Utusan Malaysia dan Kosmo! itu berkata, latihan rasionalisasi tersebut perlu bagi memastikan kelangsungannya ekoran perubahan dalam industri media, terutama peralihan ke platform digital.

Pengarah dan Ketua Pegawai Kewangannya, Abd Wahid Idris, berkata program itu membolehkan syarikat menilai semula keperluan operasi dan tenaga kerja sambil mengukuhkan operasi digital.

Syarikat juga berikrar menjaga kebajikan dan hak pekerja menurut undang-undang sedia ada.

TopikUtusan MalaysiaMedia MuliaDewan RakyatSIP

Berita berkaitan