Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

Aina Abdul mohon maaf jika kecewakan peminat selepas tempat keempat di Eurovision Asia

Penyanyi dan komposer, Aina Abdul, mengakui sudah memberikan yang terbaik ketika mewakili Malaysia dalam Eurovision Song Contest Asia 2026 di Bangkok, Thailand.

Walaupun tidak membawa pulang gelaran juara, Aina menyifatkan pengalaman itu antara perjalanan paling bermakna sepanjang bergelar anak seni. Beliau turut bersyukur dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang tidak putus-putus menyokongnya sepanjang pertandingan.

“Alhamdulillah, sudah selesai perjalanan saya di Eurovision Asia Song Contest 2026. Saya yakin kami sudah melakukan yang terbaik dan saya sendiri sudah memberikan yang terbaik,” katanya.

Pelantun lagu Bluest Sky itu juga memohon maaf kepada peminat yang meletakkan harapan tinggi terhadapnya. “Saya minta maaf jika mengecewakan anda semua. Tetapi ini antara perjalanan terbaik dalam karier saya kerana pengalaman ini tidak ada dalam buku atau mana-mana panduan. Saya perlu melaluinya sendiri,” katanya. Beliau berkata dirinya gembira dikurniakan pasukan yang sangat hebat.

Aina mengakui emosinya masih bercampur-baur selepas pertandingan, namun menegaskan air matanya bukan tanda dia menganggap dirinya tewas. “Walaupun kita tidak menang, kita sebenarnya sudah menang di hati sendiri. Walaupun air mata saya bergenang, itu tidak bermakna saya kalah dengan diri sendiri. Saya akan baik-baik sahaja. Saya cuma perlukan beberapa jam, mungkin sehari atau beberapa hari,” katanya.

Aina menduduki tempat keempat dengan 152 mata, hasil 82 mata daripada 10 juri dan 70 mata undian penonton. Beliau mempertaruhkan lagu Bluest Sky, ciptaannya bersama Mac Chew, dalam pertandingan yang menghimpunkan 11 wakil negara Asia termasuk Vietnam, Kemboja, Laos, Mongolia, Bhutan, Filipina, Bangladesh, Thailand, Korea Selatan dan Nepal.

TopikAina AbdulEurovision AsiaBluest SkyBangkok

Foto: Quejaytee / Wikimedia Commons (CC BY-SA 4.0)

Berita berkaitan