Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

AKPS rampas 86 kilogram dadah bernilai RM8.3 juta di Lapangan Terbang Pulau Pinang

ALOR SETAR: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) merampas 86 kilogram dadah bernilai RM8.3 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) bagi tempoh Januari hingga Oktober 2026.

Dalam tempoh sama, pasukan pemeriksaan AKPS di lapangan terbang berkenaan memeriksa 2.35 juta pengembara dan mengeluarkan 1,194 Notis Penolakan Masuk (NPM).

Pencapaian itu antara kejayaan yang diberi pengiktirafan menerusi Majlis Penghargaan Wira MADANI AKPS 2026. Menurut kenyataan AKPS, seramai 10 pegawai dari Wilayah Utara 1, Wilayah Utara 2 dan Wilayah KLIA menerima Anugerah Wira MADANI 2026 atas kecemerlangan kepimpinan, integriti, keberkesanan operasi dan kejayaan penguatkuasaan.

Di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, AKPS merekodkan kejayaan membanteras penyeludupan barangan kawalan dan bersubsidi serta penipuan pengikraran kargo. Kejayaan risikan di situ menyumbang kepada sitaan kenderaan dan diesel bernilai lebih RM1.53 juta serta rampasan beras bernilai RM1.05 juta.

Di North Butterworth Container Terminal (NBCT), Pelabuhan Pulau Pinang, pasukan penguat kuasa merekodkan 40 kes tangkapan dan tahanan konsainan biosekuriti bernilai RM6.01 juta.

Di KLIA Terminal 2, pemeriksaan terhadap 79,201 pengembara menyaksikan 6,058 individu dirujuk untuk semakan lanjut dan 5,988 NPM dikeluarkan sepanjang tempoh sama. Di KLIA Terminal 1 pula, pihak berkuasa merampas dadah dan ubat-ubatan tidak berdaftar bernilai hampir RM5.97 juta hasil pemeriksaan serta operasi risikan.

Majlis itu disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Ainah Mohd Soon, yang mewakili Menteri Dalam Negeri. Turut hadir Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, bersama pengurusan tertinggi KDN dan AKPS.

AKPS berkata pengiktirafan itu diberikan sebagai penghargaan terhadap komitmen dan dedikasi pegawai serta anggota dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan sempadan negara.

TopikAKPSdadahLapangan Terbang Pulau PinangWira MADANI

Foto: Ginson Lim / Wikimedia Commons (CC BY-SA 4.0)

Berita berkaitan