Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

Amaran banjir dikeluarkan untuk Rompin dan Jerantut, 11 hingga 14 November

PETALING JAYA: Kawasan rendah di Rompin dan Jerantut, Pahang, berisiko dilanda banjir dari Rabu, 11 November, hingga Sabtu, 14 November, menurut Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

PRABN berkata banjir mungkin berlaku dari jam 1 pagi Rabu hingga 11.59 malam Sabtu, terutama di kawasan mudah banjir dan penempatan rendah berhampiran lembangan sungai.

Dalam amaran terkini yang dikeluarkan pada jam 8 pagi Selasa, 10 November, jabatan itu berkata ramalan tersebut dibuat susulan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Isnin.

Di Rompin, amaran meliputi kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer dari lembangan Sungai Rompin. Lokasi terlibat ialah Kampung Aur, Kampung Meripoh, Kampung Mikang, Kampung Buluh Nipis, Kampung Tebu Hitam, Perumahan Nelayan, PAKR Sungai Puteri dan Kampung Sarang Tiong.

Di Jerantut pula, kawasan dalam lingkungan lima kilometer dari lembangan Sungai Pahang turut berisiko. Antaranya Taman Ria, Felda Gelanggi 1 dan 3, Kampung Baharu, Kampung Besul, Kampung Jerangsang, Kampung Sungai Siam, Kampung Kuala Pengau, Kampung Kuala Teh, Kampung Batu Balai, Kampung Sempadan, Felda Padang Piol dan Kampung Paya Garuk.

“Banjir mungkin berlaku lebih awal atau lewat daripada jangkaan. Amaran ini dikeluarkan bagi memastikan semua penduduk, terutamanya yang tinggal di kawasan berisiko banjir, sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi pengurusan bencana banjir,” kata kenyataan itu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat banjir terkini menerusi portal rasmi Public InfoBanjir di publicinfobanjir.water.gov.my.

TopikBanjirRompinJerantutPahangJPS

Foto: European Union, Copernicus Sentinel-2 imagery / Wikimedia Commons (Attribution)

Berita berkaitan