Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

Amaran ribut petir dan hujan lebat di 11 negeri serta KL, Putrajaya hingga 5 petang

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri serta dua Wilayah Persekutuan sehingga 5 petang hari ini.

Di Semenanjung, amaran cuaca petang itu meliputi seluruh Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Di Perak, ribut dijangka melanda Kinta, Kampar, Hilir Perak, Bagan Datuk, Batang Padang dan Muallim, manakala di Terengganu melibatkan Kemaman dan Dungun. Di Pahang, cuaca buruk menjejaskan Jerantut, Rompin, Bera, Bentong, Raub, Cameron Highlands, Pekan, Kuantan dan Lipis.

Di Sarawak, cuaca buruk diramalkan di beberapa bahagian termasuk Kuching, Serian, Limbang, Pantu di Sri Aman, daerah Sibu di Sibu, Dalat dan Matu di Mukah, Asajaya dan Samarahan di Samarahan, serta Marudi dan Bario di Miri.

Di Sabah, amaran meliputi seluruh bahagian Sandakan dan Pantai Barat. Kawasan terjejas turut termasuk Lahad Datu, Kalabakan dan Tawau di Tawau; Membakut, Pensiangan, Sook, Keningau dan Tambunan di Pedalaman; serta Kota Marudu dan Pitas di Kudat.

MetMalaysia mengeluarkan amaran sedemikian apabila terdapat tanda ribut petir dengan kadar hujan melebihi 20 milimeter sejam akan berlaku segera atau dijangka berlangsung lebih sejam.

Amaran ribut petir ialah amaran jangka pendek yang sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran. Notis itu dikeluarkan secara rasmi jabatan berkenaan pada pukul 1.35 petang Ahad.

TopikMetMalaysiaHujan lebatRibut petirCuaca

Foto: Pieter van Marion from Netherlands / Wikimedia Commons (CC BY-SA 2.0)

Berita berkaitan