Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

Ammar Alfian nafi pukul teman wanita

KUALA LUMPUR: Ammar Alfian, pelakon filem Paskal, menafikan dakwaan bahawa beliau terlibat dalam kejadian keganasan terhadap kekasihnya, seperti yang dilaporkan hari ini.

Beliau membuat kenyataan melalui ruangan komen di laman sosial sebagai balasan kepada pertanyaan pengguna mengenai laporan berita tersebut.

“Nateh bukan aku gila,” tulisnya beserta emoji gelak.

Sebelum ini, pengguna laman sosial tersebut menyebut nama Ammar Alfian dan bertanya sama ada beliau merupakan pelakon yang dilaporkan dalam kejadian tersebut.

“Ammar Alfian ka tu? Macam sesuai dengan watak dia,” tulis pengguna itu.

Dalam responsnya, Ammar menjawab dengan menggelak serta menegaskan bahawa tuduhan itu tidak benar.

Kejadian yang dilaporkan melibatkan seorang wanita yang didakwa telah dibelasah oleh teman lelakinya di Ara Damansara pada awal pagi semalam.

Polis Daerah Petaling Jaya menerima laporan mengenai kejadian tersebut sekitar jam 6 petang, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar@Ismail, kejadian berlaku sekitar jam 3 pagi apabila mangsa, seorang wanita berusia 25 tahun, pergi keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi oleh suspek yang kemudian memarahinya.

“Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa berusia 25 tahun keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek yang memarahinya kerana perselisihan faham.

“Teman lelaki mangsa berusia 37 tahun kemudian meminta wanita berkenaan untuk datang berjumpanya sebelum mereka bertemu di Ara Damansara,” katanya ketika dihubungi.

TopikAmmarPaskalpukul

Berita berkaitan