Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

Ancaman siber kekal sederhana, NACSA perketat pemantauan

KUALA LUMPUR: Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara kekal pada tahap sederhana dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) menegaskan situasi keselamatan siber negara ketika ini berada dalam keadaan terkawal.

Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri, menerusi NACSA dalam satu kenyataan berkata Pusat Kawalan dan Penyelarasan Siber Negara (NC4) sedang memantau situasi keselamatan siber semasa secara berterusan.

NACSA turut mengambil maklum mengenai insiden keselamatan siber dan gangguan sistem yang melibatkan beberapa institusi kewangan, dan sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkaitan bagi memantau perkembangannya.

Menurut kenyataan itu, Bank Negara Malaysia selaku Ketua Sektor Perbankan dan Kewangan sedang melaksanakan langkah kesiapsiagaan secara menyeluruh dan bersepadu, termasuk pemantauan berterusan tahap keselamatan siber entiti Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII) di bawah sektor berkenaan.

NACSA juga bekerjasama dengan ketua sektor dan entiti NCII bagi memastikan sebarang ancaman dapat dikesan dan ditangani segera supaya perkhidmatan penting negara terus beroperasi dengan lancar.

Orang ramai diingatkan supaya tidak mempercayai atau menyebarkan dakwaan serangan siber yang belum disahkan, termasuk hantaran yang tular di media sosial. Mereka diminta merujuk saluran rasmi kerajaan, Bank Negara Malaysia serta institusi kewangan masing-masing untuk maklumat sahih.

MKN, JPM dan NACSA akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi.

TopikNACSAKeselamatan siberBank Negara MalaysiaNCII

Foto: TimeBusinessNews / Wikimedia Commons (CC BY-SA 4.0)

Berita berkaitan