Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

Deepavali: Trafik lancar di lebuh raya utama, perlahan di beberapa lokasi PLUS dan KLK

KUALA LUMPUR: Trafik di kebanyakan lebuh raya utama dilaporkan lancar pada pagi Ahad sempena sambutan Deepavali, manakala aliran perlahan dikesan di beberapa lokasi di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, setakat pukul 9.52 pagi, trafik bergerak perlahan di laluan PLUS arah selatan dari Nilai menghala ke Bandar Ainsdale berikutan peningkatan jumlah kenderaan.

Di KLK pula, kesesakan sepanjang 3.1 kilometer dilaporkan di lorong arah timur dari Bentong menghala ke Karak.

"Trafik dari Bentong ke Karak di KLK terjejas akibat satu kemalangan yang menyekat lorong kanan dan menyebabkan kesesakan sepanjang 3.1 kilometer," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Beliau berkata, 32 Lorong Pintar telah diaktifkan di lebuh raya utama seluruh negara sepanjang tempoh perayaan bagi membantu kelancaran trafik.

LLM menasihatkan pengguna lebuh raya merancang perjalanan, sentiasa berwaspada ketika memandu dan mengekalkan jarak selamat dengan kenderaan di hadapan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini melalui talian hotline LLM di 1800-88-7752 yang beroperasi dari pukul 7 pagi hingga 10 malam, laman web www.llm.gov.my serta saluran media sosial rasmi lembaga itu.

TopikDeepavaliLLMPLUSKLKtrafik

Foto: Countryball mys123 / Wikimedia Commons (CC BY 4.0)

Berita berkaitan