Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

Dua anggota polis cedera kereta peronda terbalik elak monyet di Hulu Terengganu

HULU TERENGGANU: Dua anggota polis cedera apabila kereta peronda yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik beberapa kali ketika cuba mengelak sekumpulan monyet di Kilometer 4, Jalan Simpang Bukit Kepah-Tapah, Kampung Kepah, petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab, berkata kejadian pada kira-kira jam 4.30 petang itu melibatkan Koperal Muhammad Amirul Hafiz Ahmad, 26, dan Koperal Khairil Azlan Abdul Latif, 44, dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik ibu pejabat polis daerah yang sedang meronda.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kereta Honda City itu dipandu Muhammad Amirul Hafiz dari Simpang Kepah menghala ke Kuala Berang. Pemandu itu mengelak ke kanan apabila sekumpulan monyet tiba-tiba berada di tengah jalan.

"Bagaimanapun, kenderaan tersebut hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik beberapa kali. Kejadian berlaku di selekoh dan permukaan jalan basah selepas hujan," katanya.

Muhammad Amirul Hafiz mengalami patah tangan kiri, manakala Khairil Azlan mengadu sakit di bahagian rahang. Kedua-duanya dihantar ke Hospital Hulu Terengganu menggunakan ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk rawatan lanjut.

Kenderaan berkenaan mengalami kerosakan teruk pada keseluruhan bahagian.

TopikHulu TerengganuPDRMKemalangan

Foto: Crisco 1492 / Wikimedia Commons (CC BY-SA 4.0)

Berita berkaitan