Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

Dua peluru berpandu dilaporkan menghentam Pulau Qeshm, Iran

KAHERAH: Agensi berita separa rasmi Iran, Tasnim, melaporkan pada Sabtu bahawa laporan awal menunjukkan dua peluru berpandu menghentam Pulau Qeshm, namun belum ada maklumat rasmi mengenai kemungkinan kerosakan.

Tasnim berkata butiran lanjut akan dikeluarkan selepas pihak berkuasa berkaitan mengesahkan kejadian itu.

Sebelum itu, agensi berita rasmi Iran, IRNA, melaporkan saksi tempatan berkata dua objek melayang menghentam kawasan Suza di Pulau Qeshm selepas bunyi pesawat kedengaran di atas pulau berkenaan.

Pada hari sama, Pejabat Media Antarabangsa Qatar menafikan laporan yang menyatakan Amerika Syarikat dan Iran gagal mencapai persetujuan untuk menamatkan perang antara kedua-dua pihak. Pejabat itu menyifatkan dakwaan tersebut sebagai palsu dan mengelirukan.

Kenyataan itu menyebut Perdana Menteri Qatar menegaskan kedua-dua pihak terus berusaha ke arah persetujuan. Usaha pengantaraan Qatar masih berjalan dengan penyelarasan rapat bersama Washington dan Tehran bagi menyokong rundingan.

TopikIranPulau QeshmAmerika SyarikatQatar

Foto: Hamed Saber / Wikimedia Commons (CC BY-SA 2.0)

Berita berkaitan