Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

Dua wanita cedera dalam kebakaran restoran di Jalan Tun Sambanthan, stor KTMB di Sepang hangus

KUALA LUMPUR: Dua wanita cedera dalam kebakaran sebuah restoran dua tingkat di Jalan Tun Sambanthan di sini awal pagi Ahad.

Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan panggilan kecemasan diterima pada pukul 3.04 pagi. Kebakaran memusnahkan sepenuhnya tingkat bawah restoran itu, manakala 50 peratus tingkat atas rosak.

Dua mangsa berusia 24 dan 34 tahun mengalami kecederaan pada tangan kanan serta patah tangan kiri. Mereka diberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

Operasi pemadaman membabitkan 35 anggota dan sembilan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Pantai dan Seputeh. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih disiasat.

Di Selangor, sebuah stor penyimpanan peralatan milik Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) di Desa Pinggiran Putra, Sepang, musnah kira-kira 95 peratus dalam kebakaran pada malam Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ashrul Riezal Asbar, berkata panggilan kecemasan diterima pada pukul 10.42 malam dan tiada kecederaan dilaporkan.

Antara barang yang musnah ialah 10 kontena, enam pengubah, tong diesel, empat silinder gas oksigen dan karbon dioksida serta timbunan kabel.

Operasi yang membabitkan 17 anggota dan empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Dengkil, Bangi dan Cyberjaya itu tamat pada pukul 12.50 pagi. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.

TopikkebakaranJalan Tun SambanthanKTMBSepangBomba

Berita berkaitan