Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

Ekonomi Malaysia tumbuh 5.5 peratus pada suku ketiga, atasi anggaran awal

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia berkembang 5.5 peratus pada suku ketiga 2026, melepasi jangkaan berikutan prestasi eksport yang kukuh dan permintaan domestik yang terus berkembang, menurut laporan ekonomi terkini Bank Negara Malaysia (BNM).

Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) itu mengatasi anggaran awal rasmi sebanyak 5.3 peratus, tetapi lebih rendah berbanding pertumbuhan 6 peratus yang dicatatkan pada suku kedua.

Menurut bank pusat itu, ekonomi negara purata berkembang 5.6 peratus dalam sembilan bulan pertama 2026 dan berada di landasan untuk melepasi paras 5 peratus bagi keseluruhan tahun.

Gabenor BNM, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata, ekonomi negara bersedia memasuki 2027 daripada kedudukan yang kukuh, disokong asas yang mantap dan prospek ekonomi yang positif.

"Pertumbuhan eksport akan didorong oleh permintaan global yang berterusan terhadap produk berkaitan teknologi dan komoditi utama, selain sokongan daripada perkhidmatan pelancongan dan ICT.

"Dari sudut domestik, pengembangan aktiviti pelaburan akan disokong oleh kemajuan projek berbilang tahun dalam sektor swasta dan awam serta realisasi berterusan pelaburan yang telah diluluskan," katanya.

BNM turut menjangkakan perbelanjaan isi rumah akan mendapat manfaat daripada keadaan pasaran buruh yang baik, pertumbuhan pendapatan yang stabil serta langkah dasar di bawah Belanjawan 2027.

Dari segi inflasi, bank pusat itu berkata kadar inflasi dijangka meningkat tetapi kekal terkawal pada 2026 dan 2027.

Inflasi keseluruhan yang diunjurkan purata 1.5 hingga 2.5 peratus bagi tahun ini, selaras dengan jangkaan sebelum ini, mungkin meningkat menjelang akhir 2026 dan awal 2027 berikutan kesan tertunda kenaikan kos input.

Bagaimanapun, subsidi bahan api bersasar dan keadaan permintaan domestik yang stabil dijangka mengurangkan kesan keseluruhan kenaikan itu.

TopikKDNKBank Negara MalaysiaEkonomiAbdul Rasheed Ghaffour

Foto: GerifalteDelSabana / Wikimedia Commons (CC BY-SA 4.0)

Berita berkaitan