Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

Exco Selangor tolak cadangan lebuh raya bertol baharu, usul BRT di Lebuhraya Persekutuan

SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han, tidak bersetuju dengan pembinaan lebuh raya bertol baharu di Lebuhraya Persekutuan kerana langkah itu tidak akan meredakan kesesakan lalu lintas.

Dalam hantaran di Facebook, beliau berkata pembinaan lebuh raya baharu di laluan utama Lembah Klang itu berkemungkinan menarik lebih banyak kenderaan.

Beliau mencadangkan pilihan yang lebih baik, iaitu memperkenalkan sistem Bas Transit Aliran (BRT) di sepanjang Lebuhraya Persekutuan.

"Sistem KTM Komuter Klang-Kuala Lumpur akan beroperasi sepenuhnya tahun depan dan ini juga akan membantu mengurangkan kesesakan," kata Pengerusi DAP Selangor itu.

Sebelum ini, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, memaklumkan kementeriannya sedang mengkaji beberapa cadangan sektor swasta untuk membina lebuh raya bertol baharu sebagai sebahagian daripada atau lanjutan laluan sedia ada Lebuhraya Persekutuan.

Nanta berkata kementerian menerima beberapa cadangan itu dan akan mengkajinya dengan terperinci sebelum membawanya ke Kabinet.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan tidak merancang untuk melebarkan Lebuhraya Persekutuan atau membina persimpangan bertingkat, memandangkan kos pengambilan tanah dan pengambilalihan aset yang tinggi serta kesan sosial terhadap penduduk.

Menurut Nanta, pendekatan kementerian ialah mengoptimumkan rangkaian jalan sedia ada dan menggalakkan pengguna jalan raya menggunakan pengangkutan alternatif.

TopikNg Sze HanLebuhraya PersekutuanBRTSelangorAlexander Nanta Linggi

Berita berkaitan