Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

Gempa bumi 7.2 magnitud gegar Kepulauan Maluku, Indonesia

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 7.2 magnitud menggegarkan Kepulauan Maluku di timur Indonesia pada petang Sabtu, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG).

Data yang disiarkan di laman web agensi itu menunjukkan gempa tersebut berlaku pada pukul 4.42 petang waktu Indonesia Barat. Pusat gempa terletak di perairan 43 kilometer barat laut Kabupaten Maluku Barat Daya pada kedalaman 125 kilometer.

BMKG memaklumkan gempa itu tidak menimbulkan ancaman tsunami. Bagaimanapun, penduduk dinasihatkan supaya terus berwaspada terhadap kemungkinan gegaran susulan.

TopikIndonesiaMalukuGempa bumiBMKG

Berita berkaitan