Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

Jack Antonoff dan Margaret Qualley failkan permohonan cerai selepas tiga tahun berkahwin

NEW YORK: Pemuzik Jack Antonoff dan pelakon Margaret Qualley memfailkan permohonan cerai selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan itu berkahwin pada Ogos 2023 di New Jersey, dengan kehadiran tetamu termasuk Taylor Swift, Zoe Kravitz dan Lana Del Rey. Menurut majalah People, mereka berpisah sepanjang musim panas sebelum memfailkan permohonan untuk menamatkan perkahwinan secara sah pada 30 Oktober.

People melaporkan permohonan cerai itu difailkan bersama dan tidak dipertikaikan. Dalam laporan Julai, majalah itu menggambarkan hubungan mereka sebagai “bergelora” dan memetik seorang sumber yang berkata pasangan itu sedang “menilai semula keadaan”.

Antonoff, 42, penyanyi utama kumpulan Bleachers, mula berpacaran dengan Qualley, 32, anak kepada bintang filem Andie MacDowell, pada 2021.

Antonoff berasal dari New Jersey dan pernah bekerjasama dengan artis seperti Taylor Swift, Lana Del Rey, Kendrick Lamar dan Sabrina Carpenter. Pemenang Anugerah Grammy itu pernah menjalin hubungan dengan pencipta siri Girls, Lena Dunham, dan dahulunya anggota kumpulan Fun.

Qualley pula dikenali menerusi filem seperti Once Upon A Time… In Hollywood dan The Dog Stars. Pelakon kelahiran Montana itu turut muncul dalam dua video muzik Bleachers pada 2023.

TopikJack AntonoffMargaret QualleyPerceraianHollywood

Foto: Alex Lockett / Wikimedia Commons (CC BY-SA 4.0)

Berita berkaitan