Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

Jensen Huang jadi bahan meme AI selepas skandal yang menggemparkan

Bekas ketua eksekutif Nvidia, Jensen Huang, kini menjadi wajah fenomena meme dijana kecerdasan buatan (AI) selepas skandal yang dilaporkan membawa kepada pemergiannya daripada syarikat yang dipimpinnya selama tiga dekad.

Pencipta kandungan dalam talian memanfaatkan kehebohan minggu ini dengan menyiarkan puluhan meme dijana AI yang memperlekehkan hubungan luar nikah yang dikaitkan dengan Huang. Dalam video berkenaan, Huang muncul menari mengikut aliran TikTok yang tular atau dalam babak filem terkenal seperti Love Actually, bersama Alice Huang, wanita yang disyaki pengintip China dan hubungannya dengan Huang dilaporkan menyumbang kepada penyingkirannya.

Pakar AI dan deepfake, Henry Ajder, berkata terdapat unsur ironi apabila Huang menjadi sasaran alat yang dikuasakan ciptaannya sendiri. Beliau tidak dapat menganggarkan jumlah meme berkenaan, tetapi terkejut dengan banyaknya kandungan yang dihasilkan dengan pantas di platform media sosial utama.

Menurut Ajder, skandal dunia nyata menjadi meme bukan perkara luar biasa, namun jumlah, kepelbagaian dan realisme pos berkaitan Huang amat menonjol.

Salah satu video dihasilkan pencipta kandungan berusia 43 tahun di London yang dikenali sebagai @adventureruben_. Video itu memaparkan Huang versi AI menari mengikut lagu popular Jason Derulo, Mi Chico, di tempat letak kereta di luar ibu pejabat Nvidia. Beliau ditemani watak AI yang menyerupai Alice Huang; Kimberly Powell, eksekutif Nvidia yang turut dilaporkan mempunyai hubungan dengan Huang; dan isterinya, Lori Huang. Klip itu turut memasukkan Susan Dell, isteri bilionair Michael Dell, yang tiada kaitan dengan skandal Nvidia tetapi pernah menjadi tumpuan kempen meme tular baru-baru ini.

Video yang dibuat menggunakan model penjanaan video AI Kling 4.0 milik Kuaishou Technology serta gambar Huang dan wanita berkenaan yang ditemui dalam talian itu meraih lebih 65,000 perkongsian dan dua juta tontonan sejak disiarkan pada Khamis.

"Orang suka skandal yang kedengaran seperti keluar daripada filem James Bond," kata pencipta kandungan itu, yang hanya mahu dikenali melalui nama pengguna dalam talian.

Seorang lagi pencipta, Muhammad Adhitya, 23, dari Indonesia, membuka akaun baharu pada Selasa khusus untuk Huang. Beliau meminta alat AI Claude Opus 5.5 mencadangkan idea untuk akaun reel Instagram @javonelias, dan menggunakan platform penciptaan video dan imej AI Higgsfield, yang disokong Nvidia, bagi menjana video. Satu daripada 15 videonya meraih 1.4 juta tontonan.

"Saya tidak sangka ia akan mencecah jutaan tontonan kerana akaun ini masih baharu. Namun, saya gembira. Orang lain boleh ketawa dan terhibur hasil idea AI saya," katanya.

TopikJensen HuangNvidiaMeme AIDeepfake

Foto: Anderseidesvik / Wikimedia Commons (CC BY-SA 4.0)

Berita berkaitan