Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

Johor desak KKM isi 513 kekosongan jururawat di Hospital Pasir Gudang

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor menggesa Kementerian Kesihatan segera mengisi 513 kekosongan jawatan jururawat di Hospital Pasir Gudang bagi membolehkan kemudahan itu beroperasi pada kapasiti penuh.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon, berkata hospital itu kini hanya mempunyai 343 jururawat, iaitu kekurangan 40 peratus daripada kelulusan 856 jawatan.

Akibat kekurangan itu, hospital berkapasiti 304 katil tersebut hanya menggunakan 157 katil di sembilan wad. Pihak berkuasa negeri menyasarkan hospital itu beroperasi sepenuhnya menjelang Disember 2026.

Beliau berkata, kekurangan pegawai perubatan tidak serius, dengan 197 doktor bertugas dan hanya sembilan kekosongan.

"Kami berharap kementerian dapat mempertimbangkan pengisian jawatan jururawat ini secepat mungkin supaya hospital dapat berfungsi sepenuhnya untuk orang ramai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program pemulihan sungai bagi Sungai Sengkang, Sungai Segget dan Sungai Danga di Taman Sentosa hari ini.

Mengenai alam sekitar, Ling yang juga ADUN Yong Peng berkata, bilangan sungai tercemar di Johor menurun daripada 14 pada 2023 kepada tujuh sekarang. Sungai yang masih tercemar ialah Sungai Tukang Batu, Sungai Danga, Sungai Kempas, Sungai Sengkuang, Sungai Pandan, Sungai Segget dan Sungai Tampoi.

Menurutnya, Johor pernah mendahului senarai nasional dengan 28 sungai tercemar menurut rekod Jabatan Alam Sekitar pada Mac 2017, dan campur tangan kerajaan negeri berjaya menurunkan jumlah itu daripada paras tertinggi 23 kepada tujuh.

TopikHospital Pasir GudangLing Tian SoonJohorjururawat

Foto: Wikimedia Commons / Wikimedia Commons (CC BY 4.0)

Berita berkaitan