Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

Keahlian semula Malaysia dalam Majlis ITU buka peluang sertai rundingan awal 6G – Fahmi

DOHA: Pemilihan semula Malaysia ke Majlis Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) bagi penggal 2027-2030 membolehkan negara menyertai secara langsung perbincangan awal teknologi komunikasi generasi keenam (6G) serta masa depan sambungan global, kata Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, keahlian berterusan dalam badan pembuat keputusan tertinggi ITU itu turut memberi ruang kepada Malaysia memainkan peranan aktif dalam menetapkan piawaian telekomunikasi, mengurus spektrum dan membentuk dasar sambungan antarabangsa.

Malaysia mengekalkan kerusinya dalam Majlis ITU untuk penggal 2027-2030 menerusi pemilihan yang diadakan sempena Persidangan Pemegang Kuasa Penuh ITU 2026 (PP-26) yang sedang berlangsung di Doha.

"Saya percaya kehadiran Malaysia di peringkat tertinggi ini, di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, mewujudkan peluang bukan sahaja untuk berkongsi pengalaman kita melancarkan 5G dan seterusnya.

"Malah, kini kita mempunyai akses awal kepada perbincangan mengenai sambungan generasi akan datang, atau yang dikenali sebagai 6G," katanya ketika mengulas langkah seterusnya Malaysia selepas dipilih semula.

Fahmi berkata, pengalaman Malaysia membangunkan teknologi telekomunikasi boleh menjadi penanda aras dan panduan kepada negara lain, terutama dalam mengenal pasti cabaran serta mengurangkan risiko pada peringkat awal pelaksanaan.

"Ini penting kerana pengalaman kita boleh menjadi pengajaran tentang perkara yang perlu dielakkan dan perkara yang perlu diteliti lebih awal, di samping membolehkan negara membangun bersuara dan mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan," katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pasukan Kementerian Komunikasi, Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atas komitmen kuat memastikan keahlian berterusan Malaysia dalam badan antarabangsa itu.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua di Kementerian Komunikasi, Wisma Putra dan SKMM atas pencapaian yang luar biasa ini," katanya.

TopikITU6GFahmi FadzilDohaKementerian Komunikasi

Foto: ShafKass / Wikimedia Commons (CC BY-SA 4.0)

Berita berkaitan