Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

Lelaki didakwa warga Malaysia maut ditembak dalam serbuan syabu di Tawi-Tawi

COTABATO: Seorang lelaki yang didakwa warga Malaysia dan seorang rakan Filipinanya maut ditembak dalam operasi sergapan dadah di Tawi-Tawi, selatan Filipina, pada hujung minggu lalu.

Pegawai Agensi Penguatkuasaan Dadah Filipina (PDEA) Tawi-Tawi, Abraham Solon Kalim, berkata kedua-dua suspek melepaskan tembakan ke arah anggota penguat kuasa selepas menyedari mereka berurusan dengan ejen antinarkotik, dalam operasi sekitar 4.50 petang Ahad lalu (15 November) di Barangay Tubig Mampallam, Bongao.

Beliau mengenal pasti mereka sebagai Janimal Hajad, atau dikenali sebagai 'Ungod', yang didakwa warga Malaysia, dan Sansibar Amirul Amil, warga Filipina.

Menurut PDEA, kedua-duanya cuba menjual kira-kira dua kilogram syabu bernilai PHP13.4 juta (AS$209,600) yang dibungkus dalam dua beg teh Cina. Apabila menyedari kehadiran pegawai penyamar, mereka cuba melarikan diri menaiki bot kayu bermotor sambil melepaskan tembakan.

Pasukan penguat kuasa, dibantu Marin Filipina dan polis, turut merampas sepucuk pistol dan bot tersebut. Tiada anggota penguat kuasa cedera, tetapi dua wanita dilaporkan terkena peluru sesat dan dihantar ke hospital untuk rawatan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Hussein Omar Khan, berkata pihaknya sedang mengesahkan kewarganegaraan lelaki berkenaan. Menurut beliau, dakwaan suspek warga Malaysia dibuat berdasarkan kad sebuah klinik swasta di Sabah.

PDEA telah berkongsi butiran kejadian dengan polis Malaysia. Hussein berkata Bukit Aman juga sedang mengesahkan sama ada terdapat kaitan antara kejadian itu dengan siasatan lain, termasuk rampasan 521 kilogram metamfetamina di Laos pada 1 Oktober.

Polis Malaysia dan PDEA bertemu di Kota Kinabalu pada 20 Oktober dan bersetuju bertukar dokumen serta penemuan berhubung siasatan rampasan di Laos itu.

TopikTawi-TawiPDEABukit Amansyabu

Berita berkaitan