Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

Mahfuz gesa UMNO cari jalan keluar terhormat jika mahu sehaluan PAS-PN

Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar, menggesa UMNO mencari jalan keluar yang terhormat jika memilih bersekutu dengan PAS dan Perikatan Nasional (PN), dan tidak menunggu sehingga Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, "menghalau" mereka dari Putrajaya.

Mahfuz berkata UMNO dalam pilihan raya negeri yang berturut-turut sentiasa memilih bekerjasama dengan PAS-PN, sementara masih menikmati kuasa dan jawatan dalam kerajaan.

Menurutnya, keadaan itu lebih janggal apabila Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, secara terbuka mengkritik kepimpinan Anwar.

"Pada pandangan saya, sudah tiba masanya UMNO-BN membuat keputusan yang jelas. Jika mereka lebih selesa menjadikan PAS dan PN rakan politik untuk berdepan Pakatan Harapan, mereka mesti berani menerima implikasi pilihan itu," katanya dalam satu kenyataan.

"Jangan terus menumpang kuasa di Putrajaya sambil membina kekuatan politik bersama pihak yang mahu menjatuhkan sekutu kerajaan mereka sendiri," katanya.

Beliau menegaskan UMNO tidak sepatutnya menjadikan perdana menteri seperti "tuan rumah yang terpaksa menghalau tetamu, sedangkan tetamu itu sudah lama mencari rumah baharu dan mengajak pihak lain meruntuhkan rumah yang sedang didiami".

UMNO-BN menyambung kerjasama dengan PAS-PN bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, selepas kerjasama sama dalam PRN Negeri Sembilan yang menyaksikan mereka berjaya merampas negeri itu daripada Pakatan Harapan.

Pemimpin UMNO dan PAS sebelum ini mengisyaratkan kerjasama itu boleh dilanjutkan melangkaui PRN Melaka hingga Pilihan Raya Umum Ke-16.

TopikMahfuz OmarUMNOAmanahPerikatan NasionalPRN Melaka

Foto: TvPRU13 / Wikimedia Commons (CC BY 3.0)

Berita berkaitan