Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

Malaysia satu-satunya negara Asean capai Tahap 1 kesiapsiagaan kriptografi pasca-kuantum

KUALA LUMPUR: Malaysia diiktiraf sebagai satu-satunya negara Asean yang mencapai status Tahap 1 bagi kesiapsiagaan migrasi kriptografi pasca-kuantum (PQC), sekali gus mencerminkan kesediaan negara menghadapi cabaran keselamatan siber dan teknologi masa depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pengiktirafan itu berdasarkan laporan Asean Post-Quantum Cryptography Readiness 2026, ketika kerajaan berusaha mengurangkan kebergantungan kepada teknologi asing melalui pembangunan kepakaran dan keupayaan tempatan.

Beliau berkata usaha itu termasuk penubuhan Cyber Security and Cryptology Development Centre Bhd (CSCDC) dan pelaksanaan Dasar Kriptografi Negara (MyKriptografi).

"Inisiatif ini memberi tumpuan kepada pembangunan kepakaran, penyelidikan dan inovasi, serta menghasilkan penyelesaian teknologi keselamatan siber dan kriptografi tempatan yang dipercayai bagi memenuhi keperluan strategik keselamatan negara," katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen.

Beliau menjawab soalan Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN-Marang) mengenai tahap kedaulatan teknologi dalam sistem keselamatan strategik negara dan rancangan kerajaan mengurangkan kebergantungan kepada teknologi, perisian, sistem dan kepakaran asing.

Ahmad Zahid berkata pembangunan Sovereign AI Cloud turut menjadi inisiatif bagi memperkukuh kedaulatan data dan melindungi teknologi strategik, supaya data kritikal negara dilindungi selaras dengan keperluan keselamatan dan undang-undang domestik.

"Kerajaan mengamalkan pendekatan agnostik teknologi yang membolehkan kerjasama strategik dengan pelbagai penyedia teknologi, di samping mengutamakan keupayaan tempatan dan mengurangkan risiko kebergantungan kepada mana-mana satu penyedia asing.

"Usaha ini akan dilaksanakan secara berperingkat bagi meningkatkan keupayaan negara menilai, mengawal, mengurus dan melindungi sistem keselamatan strategik secara bebas," katanya.

Beliau menambah, kerajaan melalui Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) telah membangunkan Strategi Keselamatan Siber Malaysia (MCSS) 2025-2030 bagi memperkukuh keselamatan dan daya tahan siber negara, termasuk melalui pembangunan kepakaran tempatan.

Pelaksanaan Akta Keselamatan Siber 2024 turut menyediakan kerangka undang-undang bagi tadbir urus keselamatan siber yang lebih kukuh dan perlindungan Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII), katanya.

TopikKriptografi pasca-kuantumKeselamatan siberAhmad Zahid HamidiNACSA

Berita berkaitan