MetMalaysia keluarkan amaran hujan berterusan di Kelantan dan Terengganu hingga Ahad

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada di beberapa kawasan di Kelantan dan seluruh Terengganu sehingga Ahad, 29 November.
Menurut kenyataan MetMalaysia, amaran di Kelantan meliputi Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai.
Analisis model ramalan cuaca menunjukkan perolakan angin dijangka berlaku di bahagian timur Semenanjung sehingga Ahad, yang berpotensi membawa hujan berterusan di kedua-dua negeri itu sepanjang tempoh berkenaan.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, platform media sosialnya dan aplikasi mudah alih myCuaca.
Foto: Pieter van Marion from Netherlands / Wikimedia Commons (CC BY-SA 2.0)




