Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

MPT Bersatu muktamad 7 ahli yang berpaling tadah

Kuala Lumpur: Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah membuat keputusan mengenai status tujuh wakil rakyat yang berpaling tadah.

Dalam mesyuarat semalam, diputuskan bahawa status mereka telah diputuskan dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, telah diberi arahan untuk mengambil tindakan susulan.

“Status tujuh wakil rakyat yang berpaling tadah telah diputuskan dan Majlis Pimpinan Tertinggi mengarahkan Setiausaha Agung untuk membuat tindakan susulan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Keputusan ini berdasarkan tindakan enam Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu yang menyatakan sokongan kepada individu lain, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari.

Mereka adalah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang); Zahari Kechik (Jeli); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan). Seorang Adun Bersatu pula mengisytiharkan sokongan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari, iaitu Datuk Abdul Rashid Asari (Selat Klang).

Selain itu, dalam mesyuarat tersebut, diputuskan bahawa Muhyiddin akan kekal sebagai Presiden Bersatu untuk pemilihan akan datang.

“MPT mematuhi ketetapan Perhimpunan Agung Tahunan Khas Bersatu pada 25 November 2023 yang sebulat suara memutuskan Muhyiddin kekal sebagai Presiden bagi pemilihan akan datang,” katanya.

Topikahli parlimenanti lompat partibersatuperikatan nasional

Berita berkaitan