Naib Presiden Indonesia Gibran dilaporkan letak jawatan

JAKARTA: Naib Presiden Indonesia, Gibran Rakabuming Raka, dilaporkan telah meletakkan jawatan pada Rabu.
Perkara itu dimaklumkan oleh dua sumber politik di dewan negara atau majlis tinggi parlimen serta pembantu politik Gibran, Budi Arie Setiadi.
Laporan itu muncul sehari selepas sekumpulan penunjuk perasaan berhimpun di luar bangunan parlimen di Jakarta pada 10 November, menggesa agar Gibran dimakzulkan.
Butiran lanjut mengenai peletakan jawatan itu belum diperoleh dan belum ada pengesahan rasmi yang dinyatakan dalam laporan terbabit.




