Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

Nilai pasaran YTL Power susut RM8.7 bilion selepas Nvidia dilanda skandal

KUALA LUMPUR: Nilai pasaran YTL Power Berhad susut RM8.71 bilion sejak akhir Oktober apabila harga sahamnya terus tertekan susulan skandal yang membabitkan pengasas dan Ketua Eksekutif Nvidia, Jensen Huang.

Semalam, saham syarikat multi-utiliti dan infrastruktur itu jatuh lebih 8 peratus atau 39 sen kepada RM4.40 selepas laporan mengenai satu lagi skandal hubungan luar nikah Huang, yang meletakkan jawatan di pengeluar cip itu pada hari yang sama. Lebih RM3 bilion nilai pasaran terhapus dalam sehari.

Sejak akhbar Amerika Syarikat mendedahkan hubungan Huang dengan seorang wanita yang didakwa pengintip China pada akhir Oktober, saham YTL Power merosot 18.2 peratus daripada RM5.32 kepada RM4.35 hari ini. Saham itu ditutup 5 sen atau 1.1 peratus lebih rendah dengan permodalan pasaran RM38.05 bilion.

YTL Power mengendalikan pusat data kecerdasan buatan (AI) pertama di Malaysia yang dikuasakan Nvidia di Taman Pusat Data Hijau YTL, Kulai, Johor. Kemudahan itu dilengkapi sebahagian cip AI paling canggih milik Nvidia.

Firma penyelidikan CGS International berkata penurunan saham YTL Power 'nampak keterlaluan' kerana perniagaan kolokasi pusat data kumpulan itu terus menyokong penilaiannya. Firma itu menyebut peningkatan pendapatan jangka dekat dan prospek pertumbuhan jangka panjang yang dipercayainya belum tercermin sepenuhnya dalam harga saham.

'Kami percaya penting untuk membezakan perniagaan kolokasi berkontrak YTL Power daripada cita-cita pusat data AI yang lebih luas,' katanya dalam satu nota baru-baru ini. CGS mengekalkan saranan 'tambah' dengan harga sasaran RM6.50.

Wanita yang didakwa pengintip itu ialah eksekutif kanan Megaspeed International yang berpangkalan di Singapura. Dia dituduh membantu pihak tertentu memintas sekatan import cip berprestasi tinggi oleh Amerika Syarikat ke China. Laporan media menyebut dia membantu penghantaran cip Nvidia bernilai sekurang-kurangnya AS$7.5 bilion (RM30.6 bilion) kepada syarikat China.

Megaspeed, yang mempunyai anak syarikat di Malaysia, Speedmatrix Sdn Bhd, kini disiasat oleh Amerika Syarikat dan Singapura. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Johari Ghani, semalam berkata Malaysia bersedia memudahkan sebarang permintaan rasmi untuk menyiasat Speedmatrix, tetapi kerajaan belum menerima permintaan sedemikian.

Speedmatrix dilaporkan mungkin melanggar sekatan eksport negara.

TopikYTL PowerNvidiaMegaspeedBursa Malaysia

Foto: BalticServers.com / Wikimedia Commons (CC BY-SA 3.0)

Berita berkaitan