Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

Pelajar MCKK dilapor hilang ditemui selamat di Taiping

IPOH: Seorang pelajar berusia 13 tahun dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang dilaporkan hilang oleh ibunya ditemui selamat di Taiping, kira-kira empat jam selepas polis melancarkan operasi mencari.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun, berkata polis menerima laporan daripada ibu pelajar itu kira-kira jam 6.07 petang Jumaat lalu, selepas pihak sekolah memaklumkan anaknya hilang.

Katanya, operasi mencari secara menyeluruh dijalankan membabitkan Unit K9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, pihak sekolah dan ahli keluarga.

"Susulan maklumat daripada orang awam, pelajar itu ditemui polis di Taiping pada kira-kira jam 10 malam. Dia kemudian disatukan semula dengan ibu bapanya dalam keadaan sihat dan selamat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Heisham menegaskan kejadian itu tiada kaitan langsung atau tidak langsung dengan kematian seorang pelajar di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar yang dilaporkan pada 18 November lalu.

Beliau turut menggesa orang ramai tidak membuat spekulasi kerana ia boleh menjejaskan siasatan polis.

TopikMCKKKuala KangsarTaipingPolis Perak

Foto: Mohd Hafiz Noor Shams / Wikimedia Commons (CC BY 2.5)

Berita berkaitan