Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

Pembinaan negara hebat bermula dengan keluarga bahagia, kata Anwar

SHAH ALAM: Pembangunan negara tidak seharusnya diukur semata-mata berdasarkan kemegahan bangunan pencakar langit, kemajuan teknologi atau limpahan pelaburan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, pembangunan itu perlu turut berpaksikan pembentukan insan yang beradab, berakhlak dan memiliki nilai kemanusiaan yang luhur. Justeru, usaha membina negara yang hebat harus bermula dengan pembentukan institusi keluarga yang bahagia.

"Keluarga merupakan asas pembentukan masyarakat dan tunjang kekuatan negara, justeru gagasan 'Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi' perlu dijadikan pedoman dalam mendidik generasi muda supaya mampu menguasai teknologi dan ilmu baharu tanpa mengabaikan nilai, adab, kasih sayang serta sahsiah mulia," katanya dalam hantaran di Facebook pada Sabtu.

Anwar berkata, Kerajaan Madani akan terus memperkukuh dasar dan inisiatif yang mengutamakan kesejahteraan keluarga, termasuk kebajikan ibu dan anak, kemudahan penjagaan, sokongan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) serta pengiktirafan terhadap peranan penjaga.

Pada hari yang sama, Anwar merasmikan Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Selangor (SITC), Shah Alam. Majlis itu turut dihadiri isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Perdana Menteri turut memuji Nancy dan kementerian berkenaan atas kejayaan menganjurkan sambutan itu serta komitmen berterusan memperjuangkan kesejahteraan wanita dan memperkukuh institusi keluarga sebagai tunjang pembangunan masyarakat dan negara.

TopikAnwar IbrahimBulan Keluarga KebangsaanNancy ShukriKerajaan Madani

Berita berkaitan