Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

Penamaan calon DUN Sungai Bakap 22 Jun 2024

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh 22 Jun 2024 sebagai Hari Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Dato’ Indera Ikmalrudin Ishak, Setiausaha Suruhanjaya SPR, proses penamaan calon akan berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Jalan Serindit, Taman Desa Jawi, Pulau Pinang dari pukul 9:00 pagi hingga 10:00 pagi.

Menurutnya lagi, kertas penamaan calon hendaklah diserahkan oleh calon, pencadang, dan penyokong, atau mana-mana dua orang daripada mereka, atau mana-mana seorang daripada mereka. SPR juga menyarankan bakal calon untuk mengisi borang dan membuat semakan awal dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang sebelum Hari Penamaan Calon (HPC).

Bagi melancarkan proses penamaan calon, bakal calon disarankan untuk membuat pembayaran deposit lebih awal dan membawa resit pembayaran tersebut pada HPC sebagai bukti pembayaran. Selain itu, calon yang mewakili mana-mana parti politik perlu mengemukakan surat kebenaran penggunaan simbol parti yang diwakili ketika membuat penyerahan kertas penamaan calon.

Pada hari penamaan calon, hanya seorang pencadang dan seorang penyokong calon dibenarkan mengiringi calon untuk memasuki Pusat Penamaan Calon (PPC). Penggunaan alat muzik atau pembesar suara bagi tujuan dakyah politik adalah dilarang dan merupakan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Orang awam serta penyokong-penyokong yang mengiringi calon adalah dilarang menunggu atau berada dalam jarak 50 meter dari sempadan PPC yang telah ditetapkan,” katanya.

Untuk memastikan kelancaran proses penamaan calon, beberapa jalan utama di sekitar Dewan Serbaguna Jawi akan ditutup pada hari tersebut. Penutupan jalan ini bertujuan untuk melancarkan proses penamaan calon dan mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Sebelum ini Warta Malaysia melaporkan kerusi DUN Sungai Bakap diisytiharkan kosong selepas penyandangnya, Nor Zamri Latiff dari Pas, meninggal dunia pada 24 Mei lalu. Hari mengundi bagi PRK DUN Sungai Bakap ditetapkan pada 6 Julai 2024, manakala tarikh undi awal pula pada 2 Julai 2024.

Laporan lanjut menyusul.

TopikDUNspr

Berita berkaitan