Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

Peserta Himpunan 125ZR Members 2.0 maut kemalangan di Port Dickson

PORT DICKSON: Seorang penunggang motosikal berusia 28 tahun dari Petaling Jaya maut selepas motosikalnya bertembung dengan sebuah kereta di KM5.7 Jalan Pantai di sini awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Ahmad Afiq Mohd Adnan, berkata mangsa merupakan peserta program Himpunan 125ZR Members 2.0 dan meninggal dunia di lokasi kejadian pada kira-kira 4.30 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati motosikal itu dipercayai hilang kawalan dan tergelincir ke lorong bertentangan sebelum berlanggar dengan sebuah Perodua Axia yang dipandu seorang wanita tempatan berusia 29 tahun.

"Kereta itu dalam perjalanan dari Batu 4, Jalan Pantai, menuju Taman Intan Duyung ketika kemalangan berlaku," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pemandu kereta mengalami kecederaan ringan, manakala jenazah mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

TopikPort DicksonKemalangan jalan raya125ZR

Berita berkaitan