Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

PKR Sarawak tidak bertanding PRN, hormati persefahaman dengan GPS

KUCHING: PKR Sarawak memutuskan untuk tidak bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak yang akan datang, berasaskan persefahaman yang dijalin dengan gabungan parti pemerintah negeri itu, Gabungan Parti Sarawak (GPS), ketika pembentukan kerajaan perpaduan peringkat persekutuan.

Kepimpinan PKR Sarawak dalam kenyataan berkata keputusan itu sebagai tanda menghormati semangat kerjasama dan komitmen politik dalam kerajaan perpaduan demi memelihara kestabilan politik di peringkat negeri dan persekutuan.

"Ia juga bertujuan mengukuhkan kerjasama antara kerajaan persekutuan dan Sarawak dalam memenuhi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)," menurut kenyataan itu.

Parti itu menambah, jentera partinya di Sarawak telah diarah menghormati keputusan tersebut dan memelihara hubungan baik parti dengan GPS.

PKR, yang ditubuhkan pada 1999 sebagai Parti Keadilan Nasional, bertanding dalam setiap PRN Sarawak sejak 2001. Namun, parti itu gagal memenangi sebarang kerusi pada PRN lalu pada 2021 walaupun meletakkan 28 calon.

Sementara itu, DAP setakat ini mendedahkan 12 calon untuk bertanding pada PRN Sarawak dan bersetuju dengan persefahaman pilihan raya bersama Parti Bansa Dayak Sarawak.

Setakat ini, Barisan Nasional, PAS dan Amanah juga memutuskan untuk tidak bertanding pada PRN Sarawak yang akan datang.

TopikPKRGPSPRN SarawakKerajaan Perpaduan

Foto: CEphoto, Uwe Aranas / Wikimedia Commons (CC BY-SA 4.0)

Berita berkaitan