Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

Polis periksa 196 pengunjung dalam serbuan kelab hiburan haram di Dang Wangi

KUALA LUMPUR: Polis memeriksa 196 pengunjung, termasuk lebih 100 orang dewasa muda, dalam serbuan ke atas sebuah premis hiburan yang beroperasi secara haram di Dang Wangi awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin, berkata serbuan dilakukan kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Beliau berkata pengunjung berusia antara 18 dan 64 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk dokumentasi, pengeluaran saman dan tindakan lanjut.

"Semakan mendapati tiada seorang pun daripada mereka mempunyai waran tangkap tertunggak.

"Daripada 49 individu yang menjalani saringan awal air kencing, seorang positif amfetamina dan metamfetamina, manakala yang lain negatif," katanya.

Ahmad Azwan berkata polis turut menyiasat pengurus premis itu mengikut Seksyen 29(2) Peraturan-Peraturan Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1993 kerana didakwa membenarkan pengunjung bawah umur masuk ke premis berkenaan.

TopikDang WangiSerbuan polisKuala LumpurDadah

Foto: John Harwood / Wikimedia Commons (CC BY 2.0)

Berita berkaitan