Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

Prabowo pecat ketua kakitangan Listyo Sigit dalam kes dakwaan sadap telefon

JAKARTA: Presiden Indonesia Prabowo Subianto memecat ketua kakitangannya, Listyo Sigit Prabowo, pada Rabu, sehari selepas beliau ditahan bersama dua pegawai kanan polis atas syak melakukan sadapan haram terhadap telefon presiden, menteri kabinet dan pihak lain.

Juru bicara presiden, Prasetyo Hadi, berkata perbuatan itu dilakukan "individu tertentu yang tidak bertanggungjawab" dan boleh dianggap sebagai tindakan yang cenderung kepada pengkhianatan. Menurutnya, ia juga mengancam kepentingan negara serta keselamatan kepimpinan negara, termasuk ketua negara.

Listyo, yang tiada hubungan kekeluargaan dengan presiden, antara tiga anggota polis yang ditahan. Beliau pernah lima tahun menjadi Ketua Polis Negara sebelum dilantik sebagai ketua kakitangan presiden bulan lalu.

Polis memaklumkan lewat Selasa bahawa suspek disiasat atas sadapan tanpa kebenaran terhadap presiden, pegawai negara, media, ahli politik, ahli perniagaan serta pemimpin pertubuhan massa dan pertubuhan bukan kerajaan. Sadapan itu didakwa dilakukan dari 2025 hingga tahun ini.

Polis berkata suspek mengatur sadapan tanpa permintaan rasmi daripada penyiasat dan bulan lalu mengarahkan rekod elektronik pemantauan itu dipadam. Dua lagi suspek dinamakan media tempatan sebagai Ahrie Sonta Nasution, ketua bahagian undang-undang polis nasional, dan Eko Hadi Santoso, pegawai kanan institusi pendidikan polis.

Menteri Kanan Hal Ehwal Undang-undang Indonesia, Yusril Ihza Mahendra, berkata kerajaan belum menentukan motif sadapan itu.

Penganalisis politik Yanuar Nugroho dari Institut Yusof Ishak, Singapura, berkata peranan ketua kakitangan di bawah Prabowo semakin kurang penting dan Listyo mungkin diberi jawatan itu bagi mengeluarkannya daripada jawatan penting Ketua Polis Negara. Beliau menambah, Listyo dikenali sebagai penyokong bekas presiden Joko Widodo.

Penahanan itu berlaku ketika Prabowo berdepan pelbagai cabaran, termasuk kadar sokongan yang merosot dan usaha memulihkan keyakinan pelabur susulan penjualan saham yang mencatat rekod, mata wang yang susut serta amaran penurunan taraf pasaran saham oleh penyedia indeks MSCI.

TopikIndonesiaPrabowo SubiantoListyo Sigit PrabowoSadapan telefon

Berita berkaitan