Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

RM10,000 sekali bayar untuk waris 54 rakyat Malaysia maut dalam banjir Nepal-Tibet

KUALA LUMPUR: Semua keluarga 54 rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi banjir Nepal-Tibet pada 26 Ogos akan menerima bayaran sekali gus sebanyak RM10,000 menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan, berkata perkara itu diputuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat.

"Kami bincang panjang dalam Kabinet dan Perdana Menteri memutuskan bayaran sekali gus RM10,000 akan diberikan kepada setiap keluarga mangsa, tetapi mereka mesti mengikut senarai yang ditetapkan di bawah Nadma," katanya kepada pemberita selepas melawat Karnival Deepavali ke-24 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Menurut beliau, terdapat susunan keutamaan penerima, iaitu suami atau isteri, diikuti ibu bapa dan kemudian anak. "Kami akan mengeluarkan senarai itu," katanya.

Ramanan berkata, beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra), K. Raveendran Nair, mendapatkan maklumat terperinci daripada Kementerian Kewangan dan menghubungi waris mangsa tidak lama lagi.

Banjir dan aliran debris pada 26 Ogos itu dicetuskan oleh runtuhan ais dan batuan glasier di kawasan tadahan atas Lhende Khola di Tibet. Setakat ini, tragedi itu meragut 1,451 nyawa.

Kira-kira 5,700 orang, termasuk lebih 600 warga asing, masih dilaporkan hilang.

TopikNadmabanjir Nepal-TibetR. RamananMitra

Foto: lensnmatter / Wikimedia Commons (CC BY 2.0)

Berita berkaitan