Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

Seorang maut, seorang cedera dalam kemalangan berkait kecurian kabel di Iskandar Puteri

ISKANDAR PUTERI: Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera parah dalam satu kejadian di Taman Nusa Bestari di sini, yang pada mulanya disangka kemalangan membabitkan sebuah kereta dan sebuah motosikal tetapi kini disiasat sebagai kes pembunuhan berkait kecurian kabel.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha, berkata polis menerima laporan kejadian itu pada Selasa (24 November) pada pukul 4.30 pagi.

Katanya, kedua-dua mangsa tempatan berusia 22 dan 34 tahun mengalami kecederaan teruk pada kaki dan kepala sebelum dihantar ke hospital. Seorang daripada mereka meninggal dunia ketika menerima rawatan pada Rabu (25 November) pukul 10 pagi.

Menurut beliau, kes itu pada awalnya disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bagaimanapun, polis kemudian mengesan sebuah video tular kejadian itu di Facebook yang dimuat naik pengguna dengan nama "Azman Mann Terr".

"Siasatan lanjut mendapati terdapat unsur kecurian kabel di sebalik kejadian ini," katanya dalam kenyataan, sambil menambah Telekom Malaysia Johor Bahru turut membuat laporan polis.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh), Seksyen 431A Kanun Keseksaan dan Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Kami sedang menjejaki suspek dan menyeru saksi atau mereka yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini tampil membantu siasatan polis," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pusat kawalan polis Iskandar Puteri di talian 07-511 3622 atau talian hotline 07-511 4486.

TopikIskandar PuteriCuri kabelPolisTelekom Malaysia

Berita berkaitan