Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

SPRM jalankan siasatan dalaman dakwaan Bachar Kiwan, tidak lagi bergantung maklumatnya

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalankan siasatan dalaman terhadap beberapa dakwaan yang dibuat ahli perniagaan Bachar Kiwan, susulan laporan yang disiarkan Sarawak Report sejak 16 Ogos.

Dalam kenyataan pada Rabu, SPRM berkata siasatan itu dimulakan atas arahan ketua pesuruhjayanya yang mahu semakan menyeluruh dibuat bagi menentukan tindakan sewajarnya.

SPRM menjelaskan pertemuan dengan Kiwan merupakan sebahagian prosedur siasatan biasa bagi meneliti dan mengesahkan maklumat yang diberikannya berhubung usaha memulihkan aset berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Setiap perbincangan turut dihadiri wakil Jabatan Peguam Negara (AGC) dan ini tidak bermakna SPRM mengiktiraf mana-mana dakwaan atau statusnya,” katanya.

Suruhanjaya itu turut menegaskan Kiwan tidak dikategorikan sebagai individu yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. Perkara itu, katanya, telah dimaklumkan kepadanya dalam satu pertemuan pada 2 Disember tahun lalu.

Mengenai dakwaan berkaitan ganjaran dan perkongsian hasil pemulihan aset, SPRM berkata dokumen berkenaan hanyalah draf terma yang dicadangkan ahli perniagaan itu sendiri. “Draf tersebut tidak pernah dipersetujui atau ditandatangani oleh suruhanjaya,” katanya.

Berhubung pelantikan peguam, SPRM menegaskan ia tidak terlibat kerana perkara itu di luar bidang kuasanya. Hak melantik peguam terletak sepenuhnya pada individu terbabit, manakala penarikan diri firma guaman berkenaan merupakan keputusan firma itu sendiri.

SPRM berkata ia memutuskan tidak meneruskan kerjasama dengan Kiwan selepas berjaya memperoleh dokumen rasmi dan rekod yang disahkan menerusi permintaan Bantuan Perundangan Timbal Balik (MLA) kepada pihak berkuasa Kuwait. Maklumat yang ditawarkan Kiwan, katanya, tidak lagi menjadi keperluan utama dalam siasatannya.

Sementara itu, ahli perniagaan Albert Tei telah dirakamkan percakapan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada Rabu selepas membuat aduan berhubung perkara itu.

SPRM berkata ia terbuka menerima aduan daripada mana-mana pihak mengenai isu berkenaan melalui agensi penguatkuasaan, termasuk polis, dan berjanji memberi kerjasama penuh kepada sebarang siasatan oleh pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan semua dakwaan diteliti secara telus dan mengikut undang-undang.

TopikSPRMBachar Kiwan1MDBAlbert TeiSarawak Report

Foto: Chainwit. / Wikimedia Commons (CC BY 4.0)

Berita berkaitan