Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

Terpedaya dengan tawaran skim pelaburan, warga emas hilang RM4 juta dalam sekelip mata

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, menyatakan seorang wanita berusia 63 tahun, yang merupakan pesara dari sebuah syarikat swasta, telah melaporkan penipuan pelaburan pada pukul 12.32 tengah malam hari ini.

Menurut laporan daripada Harian Metro, Wanita tersebut melihat iklan pelaburan saham di Facebook pada pertengahan Mac lalu.

“Pengadu dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp dan diminta membuka akaun pelaburan di Foreign Direct Investment (FDI) Hub untuk melabur dalam pasaran saham tempatan, dengan janji keuntungan 11 hingga 13 peratus dari nilai pelaburan,” katanya.

Setelah melihat keuntungan awal yang menarik, mangsa membuka akaun di FDI Hub dan melakukan 42 transaksi dengan jumlah keseluruhan RM 4,749,214. Ketika keuntungan mencapai RM11.3 juta, mangsa ingin mengeluarkan wang tersebut tetapi mendapati tiada wang yang masuk ke akaun banknya.

Mohd Iqbal menyatakan bahawa siasatan sedang dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang dapat membawa hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, sebat, dan denda.

Beliau juga menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan iklan pelaburan saham, cryptocurrency, atau jenis pelaburan lain yang ditawarkan secara dalam talian melalui media sosial, yang menjanjikan keuntungan besar dalam waktu singkat dan disarankan untuk melabur di platform yang sah dan berdaftar dengan Bank Negara Malaysia (BNM).

Topikbank negarabnmpelaburanscamskimwarga emas

Berita berkaitan