Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

Tiada perbincangan antara Umno dan Pas – Zahid Hamid

KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan bahawa tiada pertemuan atau perbincangan yang diadakan antara Umno dan Pas untuk membentuk kerjasama dalam pilihan raya akan datang.

Beliau menafikan sebarang pertemuan peribadi dengan mana-mana pemimpin dari Pas.

“Mereka (PAS) tidak berjumpa dengan saya,” katanya kepada pemberita di Shah Alam, hari ini.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, sebelum ini menyatakan bahawa terdapat perbincangan antara Pas dan Umno bagi membincangkan kemungkinan kerjasama dalam pilihan raya umum akan datang.

Fadhli mendakwa bahawa beberapa siri pertemuan tidak rasmi telah diadakan melibatkan pemimpin utama kedua-dua parti untuk “menyatukan kembali undi Melayu”.

Fadhli mendakwa pemimpin utama Umno itu meluahkan rasa serba salah bekerjasama dalam kerajaan yang didakwa merugikan.

“Dan dalam pertemuan itu, mereka mengharapkan agar kerjasama bersama dengan PAS dapat bersatu kembali, cuma mereka tidak berani ingin melawan apa yang diputuskan Presiden Umno,” katanya.

Bagaimanapun, Zahid menegaskan bahawa jika ada pertemuan, ia adalah pendekatan yang dibuat secara peribadi dan bukan secara rasmi.

“Jika ada pun mungkin itu pendekatan yang dibuat secara peribadi, bukan secara rasmi,” katanya.

Pada 8 Julai yang lalu, Zahid telah menyatakan pendiriannya untuk tidak meneruskan kerjasama dengan PAS selagi Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan presiden.

Zahid menyatakan pendiriannya susulan dakwaan bahawa kerjasama sebelum ini dalam Muafakat Nasional (MN) telah “dikhianati” oleh PAS.

Topikpasumno

Berita berkaitan