Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

Tiga rakyat Malaysia ditahan di Mauritius, 76kg ganja ditemui dalam bagasi

PORT LOUIS: Tiga rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sir Seewoosagur Ramgoolam, Mauritius, selepas pihak berkuasa menemui 70 beg plastik berisi dedaun hijau yang dipercayai ganja seberat 76 kilogram dalam bagasi mereka.

Pihak Berkuasa Hasil Mauritius (MRA) berkata, suspek terdiri daripada dua lelaki berusia 30 dan 22 tahun serta seorang wanita berusia 18 tahun. Mereka tiba di negara itu menaiki penerbangan Emirates dari Dubai.

Salah seorang suspek dilaporkan terbang dari Thailand ke Dubai sebelum meneruskan perjalanan ke Mauritius. Suspek berusia 30 tahun itu dilaporkan tinggal dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di Singapura, manakala dua yang lain menetap di Pulau Pinang.

Menurut MRA, ketiga-tiga mereka dihentikan untuk disoal siasat selepas profil mereka disemak, sebelum bagasi daftar masuk diperiksa. Pemeriksaan itu membawa kepada penemuan 70 beg plastik hitam yang dibungkus vakum dan berisi dedaun hijau dipercayai ganja.

Dadah tersebut dianggarkan bernilai 114.21 juta rupee Mauritius, atau RM9.87 juta. Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa dadah tempatan.

Dua minggu lalu, seorang tukang masak warga Malaysia berusia 55 tahun ditahan di Mauritius atas syak cuba menyeludup 17.88kg ganja yang ditemui dalam bagasinya. Pada September, seorang lagi rakyat Malaysia berusia 76 tahun ditahan selepas pihak berkuasa Mauritius menemui 6.18kg ganja dalam bagasinya.

TopikMauritiusganjarakyat Malaysiapenyeludupan dadah

Berita berkaitan