Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

Timor-Leste pengerusi Asean 2029 selepas Singapura dan Thailand – Anwar

MANILA: Timor-Leste dijadual memegang jawatan pengerusi Asean pada 2029, selepas Singapura dan Thailand mengikut giliran yang dipersetujui negara anggota.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata keputusan itu dicapai pada Sidang Kemuncak Asean ke-49 di sini.

"Singapura akan mengambil alih tahun depan, diikuti Thailand dan, insya-Allah, Timor-Leste pada 2029. Ini antara keputusan yang dicapai," katanya pada sidang media bersama media Malaysia selepas sidang kemuncak itu pada Isnin, 16 November.

Anwar menegaskan, apabila Timor-Leste dipilih memegang jawatan itu, kerjasama dan bantuan semua negara anggota amat diperlukan bagi memastikan negara berkenaan bersedia menggalas tanggungjawab mempengerusikan blok serantau itu.

Timor-Leste menyertai Asean pada tahun lalu. Beliau berkata beberapa negara anggota, termasuk Indonesia dan Singapura, sudah menghulurkan bantuan bagi menyokong penyertaan negara itu dalam pertubuhan berkenaan.

Dalam perkembangan lain, cadangan Malaysia supaya Turkiye menjadi Rakan Dialog Asean turut mendapat persetujuan pada sidang kemuncak itu.

Anwar menambah, Cyprus, Slovakia dan Slovenia juga disebut dalam perbincangan berhubung penglibatan mereka dalam kerangka kerjasama Asean.

TopikAseanTimor-LesteAnwar IbrahimTurkiye

Berita berkaitan