Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

Tun Mahathir terharu orang ramai terus ziarah dan doakan arwah Siti Hasmah

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menzahirkan rasa terharu dan terima kasih kepada orang ramai yang masih menziarahi pusara isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, serta mendoakan arwah.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, beliau berkata Allahyarhamah telah meninggal dunia lebih sebulan lalu, namun masih ramai yang datang ke pusara tersebut.

"Hasmah telah meninggal dunia lebih sebulan lalu, tetapi ramai yang masih menziarahi pusaranya. Saya amat terharu dan berterima kasih atas kehadiran serta doa yang tidak putus-putus untuk Hasmah," katanya.

Dr Mahathir turut memohon maaf kerana tidak dapat kerap menziarahi pusara isterinya dan bertemu mereka yang datang memberi penghormatan.

Beliau juga berkata telah menerima banyak surat dan mesej takziah, tetapi tidak dapat membalas kesemuanya satu persatu. "Saya akan cuba membalas sebanyak yang boleh," katanya.

TopikMahathir MohamadSiti Hasmah Mohd Ali

Foto: Russian Presidential Press and Information Office / Wikimedia Commons (CC BY 4.0)

Berita berkaitan