Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

UMNO: PH patut pulangkan mandat kepada rakyat jika tidak selesa dengan menteri BN

SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) disaran menyerahkan semula mandat kepada rakyat sekiranya tidak lagi selesa bekerjasama dengan mana-mana menteri Barisan Nasional (BN) dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii, berkata langkah itu lebih berprinsip berbanding mencipta persepsi negatif terhadap rakan sendiri dalam kerajaan.

"Saya rasa seeloknya kalau dia (PH) rasa sudah tidak boleh bersama dengan mana-mana menteri dan tak suka dengan mana-mana parti, serahkan (semula) mandat ini kepada rakyat. Itu lebih berprinsip daripada dia mencipta persepsi dan tikam belakang rakan-rakan dia di dalam kerajaan," katanya pada Ahad.

Kenyataan itu dibuat sehari selepas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim, dilaporkan berkata menteri yang tidak lagi sehaluan dengan kerajaan atau tidak mampu menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, wajar mengundurkan diri secara sukarela dan bukannya menunggu sehingga dipecat.

Mohd Razlan menegaskan PH bukan pihak dominan dalam Kerajaan Perpaduan kerana pentadbiran sedia ada dibentuk menerusi kerjasama dan perjanjian bersama BN. Oleh itu, katanya, apa-apa keputusan untuk menyuruh seseorang berhenti atau melantik sesiapa perlu dibincangkan bersama BN.

Menurut beliau, kerajaan ketika ini menghampiri tempoh empat tahun pentadbiran dan sebarang keputusan berkaitan kedudukan menteri perlu mengambil kira asas kerjasama antara parti yang membentuk kerajaan. Beliau menambah, Malaysia mempunyai undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan yang mesti dipatuhi dalam setiap tindakan, bukannya menggunakan kuasa semata-mata untuk membentuk persepsi.

Dalam pada itu, Mohd Razlan turut menempelak Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mencadangkan supaya menteri BN yang didakwa tidak sehaluan dengan Perdana Menteri dipecat bagi memastikan kestabilan pentadbiran kerajaan.

Beliau mendakwa kesediaan Muhyiddin menandatangani Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) bersama PH didorong oleh keinginan memastikan kelangsungan politik Bersatu serta memperoleh kedudukan dalam pentadbiran. "Walaupun tinggal setahun mandat kerajaan, beliau sanggup menandatangani CSA bersama PH kerana mahukan 'nyawa' untuk memastikan partinya masih boleh bergerak dalam politik," dakwanya.

TopikMohd Razlan Muhammad RafiiUMNOPakatan HarapanKerajaan Perpaduan

Foto: CEphoto, Uwe Aranas / Wikimedia Commons (CC BY-SA 4.0)

Berita berkaitan