Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

UNHCR henti pendaftaran pelarian di Malaysia, kerajaan ambil alih proses

PETALING JAYA: Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia menghentikan aktiviti pendaftaran dan dokumentasi pelarian serta pencari suaka berkuat kuasa Rabu (18 November), berikutan keputusan kerajaan untuk mengendalikan sendiri proses itu.

UNHCR berkata langkah tersebut selaras dengan rancangan Putrajaya memperkenalkan program pendaftaran pelarian yang diterajui kerajaan.

Dalam kenyataan pada Khamis, agensi itu menegaskan ia menyokong sepenuhnya usaha kerajaan memperkukuh rangka kerja pengurusan suaka di negara ini dan masih berbincang dengan pihak berkuasa mengenai pelan peralihan yang dicadangkan.

"UNHCR menyokong sepenuhnya usaha kerajaan dan terus terlibat dalam dialog mengenai pelan peralihan yang dicadangkan, dengan matlamat menyokong peralihan secara berperingkat, praktikal dan peka terhadap perlindungan bagi memastikan perlindungan kepada pelarian dan pencari suaka berterusan," katanya.

Menurut UNHCR, pelan peralihan itu menekankan perlindungan yang sewajarnya, komunikasi berkesan serta kerjasama antara semua pihak berkepentingan.

Agensi itu berkata ia akan terus menyediakan nasihat teknikal, perkongsian kapasiti dan kerjasama sebagai rakan yang membina sepanjang proses tersebut.

UNHCR bersama rakan kongsinya turut meneruskan aktiviti lain, termasuk penempatan semula dan sokongan kepada pelarian serta pencari suaka yang memerlukan perlindungan segera.

Pada Januari lalu, kerajaan melancarkan program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bagi mengambil alih pendaftaran dan pengurusan pelarian daripada UNHCR.

Program yang diketuai Kementerian Dalam Negeri itu bertujuan mewujudkan pangkalan data berpusat pelarian dan pencari suaka melalui pendaftaran biometrik.

TopikUNHCRPelarianKementerian Dalam NegeriDPP

Foto: DFID - UK Department for International Development / Wikimedia Commons (CC BY-SA 2.0)

Berita berkaitan