Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

Wajar tegas tetapi adil, LHDN diminta kenakan peraturan cukai sama rata – Anwar

CYBERJAYA: Tidak adil jika pekerja yang jujur membayar cukai melalui gaji mereka, sementara golongan kaya menyembunyikan pendapatan menerusi pelbagai lapisan dan prosedur perakaunan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, keadilan menuntut agar peraturan percukaian dilaksanakan secara sama rata kepada semua.

Teks ucapan Anwar itu dibacakan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, pada Sambutan Hari Inovasi dan Integriti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini hari ini.

"Keadilan dalam sistem percukaian adalah tiang tamadun dan aspirasi utama Malaysia Madani," katanya.

Anwar menyebut sistem e-Invois sebagai instrumen penting untuk menegakkan keadilan, mengesan ketidakpatuhan dan memastikan semua pihak menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Menurutnya, e-Invois tidak bertujuan membebankan rakyat atau memperkenalkan cukai baharu, sebaliknya memastikan semua pihak memenuhi obligasi mereka.

Setakat Isnin lalu, sebanyak 2.14 bilion e-Invois telah dikemukakan oleh kira-kira 269,900 pembayar cukai.

Hasil usaha peningkatan pematuhan pula, lebih 97,000 pembayar cukai tampil secara sukarela untuk mengemukakan penyata cukai bagi tahun-tahun terdahulu, dengan cukai kena bayar berjumlah RM1.68 bilion.

"E-Invois membantu mengekalkan keadilan dalam sistem percukaian melalui urus niaga perniagaan yang telus dan pengesanan sebarang keadaan tidak wajar.

"Pada masa yang sama, LHDN mesti tegas. Namun, bantuan perlu dihulurkan kepada mereka yang memerlukan bantuan atau bimbingan," katanya.

Anwar turut mengingatkan pegawai LHDN supaya sentiasa menjunjung integriti dalam tugasan, namun tidak kehilangan sentuhan kemanusiaan.

TopikAnwar IbrahimLHDNe-InvoisCukai

Berita berkaitan