Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

Warga emas maut, enam cedera dalam kemalangan dua kenderaan di Renggam

KLUANG: Seorang lelaki berusia 60-an maut dan enam yang lain cedera ringan dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Ladang Sindora, Ulu Belitong, Renggam, petang Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Renggam, Mohd Nizar Ma'mun, berkata jabatan menerima panggilan kecemasan pada 3.38 petang dan enam anggota bomba tiba di lokasi, kira-kira 19 kilometer dari balai, pada 3.55 petang.

Menurutnya, mangsa yang maut memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan tiga penumpang, manakala sebuah sedan dipandu lelaki berusia 23 tahun bersama dua penumpang.

"Anggota bomba mengeluarkan pemandu MPV dari kenderaan, manakala penumpang sedan telah dibantu orang awam keluar," katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa cedera diberi rawatan awal sebelum diserahkan kepada pegawai Kementerian Kesihatan untuk dibawa ke hospital. Pemandu MPV disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Tiga penumpang MPV iaitu Zilaiha Hanafi, 54, seorang wanita berusia 20-an dan seorang kanak-kanak perempuan lapan tahun mengalami kecederaan ringan. Pemandu sedan, T. Punithaarajan, 23, serta penumpangnya, T. Jiveethaa, 34, dan seorang wanita lagi turut cedera ringan.

Operasi tamat pada 5.45 petang.

TopikKluangRenggamkemalangan jalan rayaBomba

Berita berkaitan