Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

Zetrix AI sahkan gagal bayar sukuk RM25 juta, janji selesaikan segera

KUALA LUMPUR: Zetrix AI mengesahkan syarikat itu gagal menjelaskan bayaran bagi Sukuk Wakalah Siri No 6 bernilai RM25 juta dan berjanji menyelesaikan tunggakan kepada pemegang sukuk secepat mungkin.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata pihaknya sedang mengambil langkah yang perlu untuk membayar jumlah tertunggak kepada pemegang program bon Islamnya.

Zetrix menjelaskan nilai nominal dan agihan berkala yang dijangka bagi sukuk berkenaan kurang daripada lima peratus daripada aset bersih syarikat berdasarkan penyata kewangan teraudit terkini.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai maklum balas kepada pertanyaan rasmi Bursa Malaysia susulan laporan pada 6 November bahawa MARC Ratings menurunkan taraf sukuk Zetrix kepada status "default" kerana gagal menunaikan obligasi kewangan.

Syarikat perkhidmatan digital itu baru-baru ini mengesahkan "peristiwa pembubaran" telah tercetus akibat pelanggaran kovenan yang menghendaki pengasas dan pengarah urusannya, Wong Thean Soon, kekal sebagai pemegang saham terbesar.

Sebelum ini, Zetrix memaklumkan kepada Bursa bahawa syarikat tidak perlu segera melunaskan keseluruhan baki sukuknya dan tiada kegagalan bayaran berlaku.

Zetrix berkata ia akan membuat pengumuman lanjut sekiranya terdapat perkembangan material berhubung perkara itu.

TopikZetrix AISukukBursa MalaysiaMARC Ratings

Berita berkaitan