Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

Zii Jia tersingkir pusingan kelayakan Masters Jepun

PETALING JAYA: Harapan pemain perseorangan lelaki bebas, Lee Zii Jia, untuk mara jauh di Masters Jepun berkubur apabila gagal melepasi pusingan kelayakan pada Selasa.

Beraksi di Kumamoto Prefectural Gymnasium, Zii Jia berdepan pemain Jepun, Minoru Koga, yang pernah dikalahkannya pada pusingan kelayakan Terbuka Switzerland pada Mac lalu.

Namun, bekas juara All England itu gagal mengulangi kejayaan tersebut apabila tewas 15-21, 10-21 dalam masa hanya 32 minit.

Kekalahan itu turut menamatkan saingan perseorangan lelaki Malaysia di Masters Jepun sebelum undian utama bermula, berikutan penarikan diri Leong Jun Hao, Justin Hoh dan Eogene Ewe sebelum ini.

TopikLee Zii JiaMasters JepunBadmintonMinoru Koga

Foto: 臺北市政府體育局 / Wikimedia Commons (Attribution)

Berita berkaitan