Sabtu, 28 November 2026
TERKINI
Sekurang-kurangnya 22 cedera apabila feri ke Shenzhen langgar dok terapung di Hong KongPolis buru empat suspek samun berkumpulan bersenjata di Sitiawan dan Ayer TawarPolis buru tiga lelaki bersenjata parang dan tukul rompak kedai emas di KajangPemain badminton Thailand Pitchamon digantung tiga bulan kerana dadah terlarangAdrian Marcellus dilantik Ketua Pegawai Eksekutif MDECSuhakam gesa guru jalani saringan latar belakang, lindungi kanak-kanak daripada penderaanKenyataan Zahid isu Rohingya-Turkiye memalukan, kata Shahril HamdanZii Jia undur diri suku akhir Syed Modi, Yee Hern-Vannee mara ke separuh akhirPolis India selamat 92 rakyat Indonesia dan 72 rakyat Malaysia daripada sindiket penipuan siberPermintaan elektrik Malaysia dijangka lebih dua kali ganda menjelang 2050 akibat pusat data

Permintaan elektrik Malaysia dijangka lebih dua kali ganda menjelang 2050 akibat pusat data

KUALA LUMPUR: Permintaan elektrik Malaysia dijangka meningkat lebih dua kali ganda menjelang 2050 berikutan pembinaan pesat pusat data yang menggunakan tenaga tinggi.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata pada Khamis bahawa keperluan tenaga akan meningkat kepada 49.8 gigawatt menjelang pertengahan abad ini, berbanding 22.5 gigawatt pada 2027. Pusat data dijangka menyumbang 21 peratus permintaan kuasa pada 2050, meningkat daripada 11 peratus pada 2027.

Malaysia mempunyai pelan besar untuk menjadi hab kecerdasan buatan (AI) serantau dan telah menarik pelaburan berbilion dolar daripada syarikat teknologi besar seperti Oracle, Amazon dan Google, yang merancang membelanjakan AS$15 bilion bagi mengembangkan operasi pusat data dan awan di negara ini dalam tempoh dua tahun akan datang.

Namun, sekatan Amerika Syarikat yang lebih ketat terhadap akses teknologi boleh menghalang rancangan itu. Kebimbangan bahawa cip Nvidia diseludup ke China melalui Asia Tenggara telah mendorong Washington menyenaraihitamkan beberapa syarikat di rantau ini, dan Malaysia berikrar meminta pengendali pusat data tidak menyedia ruang, pajakan atau perkhidmatan kepada syarikat berkenaan.

Malaysia turut mempertimbangkan untuk menggantikan sebahagian armada arang batunya dengan tenaga nuklear bagi memenuhi permintaan yang meningkat, walaupun langkah itu tidak dijadualkan berlaku sehingga 2040.

Bulan ini, Malaysia mengumumkan rancangan melancarkan pasaran elektrik borong berasingan bagi pengguna kuasa besar termasuk pusat data, bagi melindungi bekalan untuk isi rumah dan kilang.

TopikPusat dataElektrikKementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi AirTenaga nuklear

Foto: Florian Hirzinger - www.fh-ap.com / Wikimedia Commons (CC BY-SA 3.0)

Berita berkaitan