Polis India selamat 92 rakyat Indonesia dan 72 rakyat Malaysia daripada sindiket penipuan siber

NEW DELHI: Polis India menyelamatkan 92 rakyat Indonesia dan 72 rakyat Malaysia yang dipikat ke India dan dipaksa menyertai sindiket penipuan siber, menurut polis Delhi dalam satu kenyataan lewat Khamis.
Polis berkata mangsa dipikat dengan janji pekerjaan dan "peluang lumayan", tetapi kemudian dipaksa terlibat dalam penipuan yang memperdaya orang ramai menerusi skim pelaburan palsu.
Dalam operasi itu, polis merampas lebih 350 telefon bimbit dan hampir 170 komputer yang digunakan sindiket, selain 26 komputer riba dan 174 pasport.
Seorang warganegara Malaysia turut ditahan. Polis berkata peranan dan hubungannya dengan anggota lain dalam rangkaian itu sedang disiasat.




